BRIDGE & CROWN GIGI?

 


Jenis-Jenis Crown/Bridge dan Perbezaannya – Panduan Lengkap Sebelum Buat Rawatan

Adakah gigi anda pernah patah, rosak teruk atau perlu digantikan? Salah satu rawatan yang biasa disarankan oleh doktor gigi ialah crown atau bridge. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa jenis crown/bridge yang boleh dipilih, dan setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri?

Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat penting untuk membantu anda memahami pilihan yang ada sebelum membuat keputusan.

Apa Itu Crown dan Bridge?

  • Crown ialah "sarung" yang diletakkan di atas gigi yang telah rosak, patah atau lemah untuk melindungi dan mengembalikan fungsinya.

  • Bridge pula digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang dengan menggunakan gigi sebelah sebagai sokongan.


Jenis-Jenis Crown/Bridge

Kami menawarkan tiga jenis utama crown/bridge yang berbeza dari segi bahan, ketahanan dan penampilan:

1. PFM (Porcelain Fused to Metal)







PFM merupakan kombinasi logam di bahagian dalam dan porcelain (seramik) di bahagian luar. Ia telah lama digunakan dalam dunia pergigian dan sangat kukuh.

  • ✅ Kuat dan tahan lama

  • ✅ Lebih ekonomik berbanding jenis lain

  • ⚠️ Warna mungkin tidak se-natural zirconia atau emax

  • ⚠️ Garisan metal kadang-kadang boleh kelihatan di bahagian gusi selepas beberapa tahun



2. Zirconia




Zirconia ialah bahan seramik sepenuhnya yang sangat kukuh dan tahan tekanan kunyahan—sebab itu ianya sesuai untuk gigi belakang.

  • ✅ Sangat kuat dan tahan lama

  • ✅ Warna lebih natural berbanding PFM

  • ✅ Tiada metal – lebih biokompatibel dengan badan


3. Emax





Emax ialah sejenis seramik penuh (lithium disilicate) yang terkenal dengan estetika yang sangat cantik dan translucent—nampak seakan gigi asli. Ia paling sesuai untuk gigi hadapan.

  • ✅ Nampak sangat natural – sesuai untuk gigi depan

  • ✅ Estetika terbaik antara semua pilihan



Mana Satu Yang Sesuai Untuk Saya?

Pemilihan crown atau bridge bergantung kepada:

  • Lokasi gigi (depan atau belakang)

  • Keperluan fungsi kunyahan

  • Estetika (penampilan)

  • Bajet anda

  • Keadaan akar gigi atau gigi penyokong

Kami sangat galakkan anda untuk datang consultation bersama doktor terlebih dahulu. Doktor akan periksa keadaan gigi anda dan terangkan pilihan terbaik mengikut keperluan klinikal dan kehendak estetik anda.


Memilih jenis crown atau bridge yang sesuai sangat penting untuk jangka masa panjang. Sama ada anda inginkan ketahanan, penampilan yang semula jadi, atau bajet yang berpatutan – ada pilihan yang sesuai untuk anda.

📍 Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji consultation, hubungi kami di Klinik Pergigian Avisienna Alor Setar.

Kami sedia bantu anda untuk dapatkan senyuman yang lebih sihat dan yakin! 😊



Ulasan

Catatan Popular