APA ITU DIRECT VENEER DAN INDIRECT VENEER?
APA ITU DIRECT VENEER DAN INDIRECT VENEER?
pasti semua tertanya-tanya apa itu perbezaan direct veneer dan indirect veneer kan?
ok sebelum tu saya nak terangkan veneer adalah satu rawatan dimana doktor akan menggunakan satu lapisan material seperti komposit atau seramik pada permukaan gigi dan boleh menjadikan gigi teratur, putih serta cantik.
jadi disini saya terangkan lebih lanjut berkenaan direct veneer dan indirect veneer .
Direct veneer
• Jenis bahan ( Composite ) sama seperti bahan tampalan
• Mengambil masa sama seperti rawatan gigi, siap pada hari yang sama. Tidak perlu dihantar ke makmal.
• Ketahanan bergantung pada penjagaan, kekuatan sama seperti tampalan.
• Lebih murah berbanding Indirect veneer .
Indirect veneer
• Jenis bahan (emax).
• Mengambil masa dua ke tiga minggu (kerana ia di hantar ke makmal untuk diproses)
• Kelihatan lebih cantik dan sama seperti permukaan gigi yang asal.
• Lebih tahan berbanding direct veneer .
• Lebih mahal berbanding direct veneer .
Ok di sini saya tunjukkan beberapa contoh yang patient kami dari Klinik Pergigian Avisienna Alor Setar buat...
1. Patient kami buat untuk membetulkan gigi hadapan yang mempunyai 'stain' dan lubang dengan memilih rawatan direct veneer.
2. Ini pula rawatan direct veneer patient kami buat bagi merapat kan gigi hadapan.
INDIRECT VENEER
nak tahu lebih lanjut berkenaan veneer ?
boleh hubungi kami dan akan terangkan lebih lanjut pada anda...
📲 https://Avisiennaalorsetar.wasap.my
📧 avisiennaalorsetar@gmail.com
📍 No 16 (tingkat atas dan bawah),Plaza Gunung Indah,Jalan Kuala Kedah,05400 Alor setar, Kedah.
https://g.co/kgs/f7rBBZ
🤳 @avisienna_alorsetar





Ulasan