APA ITU FRC?
Apa Itu FRC? – Rawatan Alternatif Gantian Gigi Hilang
Pernah kehilangan satu gigi dan mencari rawatan yang mudah, cepat dan lebih berpatutan? Salah satu rawatan moden yang semakin mendapat perhatian ialah FRC atau nama penuhnya Fiber Reinforced Composite.
Apa Itu FRC?
FRC (Fiber Reinforced Composite) adalah bahan tampalan berwarna putih (composite) yang diperkuat dengan fiber khas (ribbon fiber) untuk menggantikan gigi yang hilang.
Ia menjadi pilihan ramai pesakit yang ingin mengelakkan penggunaan gigi palsu dan pada masa sama mendapatkan hasil yang kelihatan semula jadi.
Kelebihan Rawatan FRC
🔹 Tak perlu potong gigi sebelah – Berbeza dengan rawatan bridge yang memerlukan pengasahan gigi bersebelahan, FRC tidak melibatkan pemotongan gigi asal.
🔹 Lebih menjimatkan – Harga rawatan FRC lebih rendah berbanding rawatan bridge dan implan.
🔹 Cepat siap – Proses rawatan biasanya hanya mengambil masa 1 hingga 2 jam sahaja.
🔹 Nampak semula jadi – Menggunakan bahan tampalan sewarna gigi, jadi hasilnya tampak natural dan selesa.
🔹 Sesuai sebagai rawatan sementara – Sesetengah doktor mencadangkan FRC sebagai pilihan sementara sebelum pesakit membuat rawatan implant atau bridge kekal.
Siapa Sesuai Buat FRC?
✅ Pesakit yang kehilangan satu gigi
✅ Tidak mahu pakai gigi palsu
✅ Mahukan rawatan cepat & bajet sederhana
✅ Masih belum bersedia untuk implan atau bridge kekal
Contoh Rawatan FRC oleh Doktor Kami
Doktor kami berpengalaman dalam menyediakan rawatan FRC yang kemas, selesa dan tahan lama. Setiap kes akan diperiksa terlebih dahulu untuk pastikan kesesuaian pesakit.
Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Rawatan Ini?
Kami di Klinik Pergigian Avisienna Alor Setar sentiasa bersedia untuk bantu anda fahami lebih lanjut tentang pilihan rawatan gigi yang sesuai – termasuk FRC, bridge, implan, dan rawatan lain.
📲 Klik sini untuk terus WhatsApp kami:
https://Avisiennaalorsetar.wasap.my
📧 Emel: avisiennaalorsetar@gmail.com
📍 Alamat: No 16 (Tingkat Atas & Bawah), Plaza Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah
📍 Google Maps: Klik sini

Ulasan