RETAINER
APA PERBEZAAN RETAINER ???
Anda pasti nak tahu perbezaan retainer kan?
Tapi sebelum tu saya nak terangkan apa itu retainer.
Retainer berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah pemakaian braces.
Kebanyakan pakar orthodontik menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces. Pesakit juga dinasihatkan supaya memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan meneruskan pemakaiannya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Retainer mempunya 3 jenis iaitu:
JENIS-JENIS RETAINER
- Hawley Retainer
- Essix Retainer
- Fixed Bonded Retainer
Hawley Retainer
1. Hawley Retainer
Diperbuat dari acrylic dan dawai stainless steel.
Kelebihan
- dapat di sesuaikan menjadi alat ortho aktif ringkas jika perlu
- mudah dibersihkan
Kekurangan
- dawai stainless steel akan terlihat apabila anda senyum
Essix Retainer
2. Essix Retainer
Mempunyai warna yang transparen dan terbuat dari plastik yang dibentuk berdasarkan cetakan gigi
Kelebihan
- estetik lebih baik kerana kurang terlihat
- relatif lebih murah
Kekurangan
- sukar dibersihkan
- perlu diganti setelah beberapa tahun
Fixed Bonded Retainer
3. Fixed Bonded Retainer
Retainer kekal pada gigi akan di letakkan dibahagian belakang gigi . Penggunaannya lebih ditekan kan selepas selesai rawatan orthodontik.
Kelebihan
- estetik lebih baik dan selesa
- tidak perlu dibuka atau dilepas
Kekurangan
- sukar untuk membersihkan gigi dan floss
- relatif lebih mahal
Apa sahaja pilihan retainer anda... yang paling penting adalah kebersihan gigi perlu diutamakan!!!😊
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang retainer dan retainer mana yang sesuai untuk anda?
Boleh hubungi kami dan kami akan terangkan lebih lanjut pada anda...
📲 https://Avisiennaalorsetar.wasap.my
📧 avisiennaalorsetar@gmail.com
📍 No 16 (tingkat atas dan bawah),Plaza Gunung Indah,Jalan Kuala Kedah,05400 Alor setar, Kedah.
https://g.co/kgs/f7rBBZ
🤳 @avisienna_alorsetar






Ulasan